Saturday, June 18, 2016

Berita baik : Penambahbaikan Homestay

Berita baik. Kami telah membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan homestay.

 Harga terbaru :  RM 160 / Malam 


  • Kami telah selesai menambah bilik tidur dan bilik air di dua-dua unit homestay kami. Sratakat ini ada 3 buah bilik.

  • Kami juga telah membina BBQ set di antara dua homestay

  • Tuala juga telah disediakan

  • Dapur memasak juga disediakan lengkap dengan gas memasak

  • Set bbq juga boleh disewa pada kadar RM 20+ . Kami sediakan dulang, pengepit, arang dan alat basic bbq yang lain. Anda tak perlu bawa apa-apa.

  • Jumlah sejadah telah ditambah

  • Jumlah cermin ditambah


p/s : Banyak lagi penambahbaikan akan menyusul . Stay tune :)

homesta rubyrasul bachang melaka
 BILIK PERTAMA

Ruang tamu Homestay Ruby rasul
 RUANG TAMU

Bilik homestay bacang melaka
BILIK PERTAMA

Homestay Ruby Rasul, Bachang Melaka




Harga semalam : RM 150

Lokasi : Lorong Haji Mat Jabar, Jalan Bachang,  Bachang, Melaka

Kadar harga tetap untuk semua hari.


Kemudahan :

Ada 3 bilik tidur dengan penghawa dingin & kipas.
     - Dua katil queen
     - Dua katil single
     - Tiga tilam kekabu tambahan saiz queen (tanpa caj)
     - Selimut dan bantal tambahan (tanpa caj)
     -Tuala disediakan


Ada 3 bilik air
    - Dua dalam rumah
    - Satu di luar rumah
    - Sabun mandi disediakan


Dapur dan gas memasak disediakan.
    - Peralatan memasak disediakan
    - Kuali, pinggan,jug, cawan, sudu dan garfu
    - Uncang kopi, teh dan gula percuma
    -Peti ais, cerek elektrik,toaster

Kemudahan lain :

- Parking luas (muat beberapa khemah)
- Sejadah & telekung disediakan
- Rak kasut
- Seterika
- Ampaian
- Ada pokok buah (ikut musim)
- Homestay ada 2 unit bersebelahan.
- Sesuai untuk rombongan
-Set bbq - Pembakar, dulang, pengepit, arang, lighter disediakan (RM 20 caj )


Kalau nak datang buat bbq. Tak perlu bawa apa-apa . Semua kami sediakan. Cuma tambah harga RM20 sahaja:)


Lokasi berdekatan :
Kipmart Bachang (2 minit)
Melaka Sentral (6 minit)
Mydin Bandar Melaka (6 minit)
Aeon Melaka (6 minit)
Tesco Melaka( 6 minit)
Giant Melaka (5 minit)
Restoran Jzarina (1 minit)
Jonker Walk Night Market (13 minit)
The shore Shopping Gallery (13 minit)
The Shore Sky Tower (13 minit)
MITC ( 15 minit)
Dataran Pahlawan Megamall (17 minit)
Mahkota parade (17 minit)
Melaka wonderland (17 minit)
Makam Hang Tuah (20 minit)
Medan Ikan Bakar Alai (17 minit)


Di melaka tempatnya dekat-dekat cuma jalan sedikit sesak.


Waktu check in : 2 petang
waktu check out : 12 tengahari
(Boleh nego, tiada masalah. Bergantung pada availability rumah)


Nak menempah sila hubungi :
Puan Ruby : 012-6783807
Encik Rasul : 012-6143308


Hanya RM 100 deposit diperlukan untuk menempah. Dan bayaran selebihnya boleh dilunaskan semasa pemberian kunci kepada anda. Nombor akaun akan diberikan kepada anda.


Kami juga menerima kemasukan segera (urgent booking). Kerana kami melakukan housekeeping setiap hari.Hanya telefon nombor di atas dan datang ke alamat homestay. Jika tak jumpa alamat. boleh jumpa di meeting point terdekat dan jangan risau,  kami tunjuk jalan.

Halaman luar rumah

Sunday, April 24, 2016

Perancangan Penambahbaikan Ruby Rasul Homestay.

Assalamualaikum dan selamat bercuti bakal penginap homestay :)


Untuk pengetahuan semua,  kami dalam proses ingin mengubah suai homestay Ruby Rasul ni. Kami akan ubah dua-dua unit homestay sekali. Nak ubah apa lagi ye ? Nak tambah baik Biar semua pelanggan puas hati dan checkout dengan tersipu-sipu gembira. Yeehaa !


Kami akan menambah lagi bilik tidur dan bilik air. Supaya orang tak berebut mandi pagi-pagi. Kami juga akan sediakan dapur memasak. Set barbeque dalam perancangan. Sekarang cuma tunggu masa nak renovate je. Tapi buat masa sekarang masih boleh menginap ye.


Berita baiknya , Inshaa Allah harga masih sama. Kecuali yang nak guna barbeque set seperti arang dan pengepit. Ada lah caj sedikit.


Harga semasa,akan datang dan selamanya forever after cuma RM 150 semalam.

Pss . Ada tips ni,

Kalau nak tempah, terus call je . Boleh masuk on time jugak. Kami selalu terima kes emergency nak masuk. Sebab apa ? Kami buat housekeeping setiap hari. Kebersihan homestay tanggungjawab kami. Anda selesa. Kami suka :)


Nak tempah boleh call: 

012-6783807 (Puan Ruby)
012-6143308 (Encik Rasul)



2 unit bersebelahan

 Bilik pertama yang lengkap dengan penghawa dingin



Ada dua katil bersebelahan. 

Thursday, December 17, 2015

Tempat menarik terbaru yang popular di Melaka : Tambakan Pasir Pantai Klebang

Pantai Klebang


Pantai kelebang cuma 10-15  minit dari Ruby Rasul Homestay. Pantai ini dah wujud lama dah. Cuma yang sekarang ni ada tambakan pasir. Kalau tengok betul-betul, dah macam padang pasir dah. Ramai betul hipster amik gambar dekat sini  Hihik


Nasihat berguna sebelum masuk sini, 

  • Jangan bawa kenderaan masuk dalam kawasan pantai berpasir melainkan awok tu bawak hilux atau pacuan 4 roda. Banyak kereta stuck dalam pasir sebenarnya.

  • Pakai kasut yang bersesuaian. Sebab nak masuk situ, kena berjalan jauh sikit.

  • Bawa payung . Sebab situ kalau hujan, maka hujan juga pipi anda. Sebab takde tempat berteduh. Kena berlari anak nak ke kereta. Jauhnya ke kereta pula, Mashaa Allah sistur. Mereputlah anda di dalam hujan.  Haha 








Saturday, December 5, 2015

Ruby Rasul Homestay Kini Dibuka !

 RUBY RASUL HOMESTAY 

''Homestay kami, tapi rumah anda"

Alhamdulillah, Ruby Rasul Homestay kini dibuka. Dibina pada tahun 2015 dan memulakan operasi sejak Disember 2015.  Sebagai promosi pembukaan, harga yang perlu anda bayar cumalah RM 150. RM 150 tak kira sama ada hari biasa, hujung minggu mahupun cuti sekolah. Kadar rata bagi semua hari. Ye. Cuma RM 150.  Early check in and late check out pun boleh dipertimbangkan tau . Jangan risau.


HARGA PROMOSI 
RM 150.00 (1 malam)



Permandangan luar rumah. Di sebelah kanan ada lagi sebuah homestay yang sama. Depan homestay ada pagar dan pokok mangga. Sila petik tanpa segan silu. Pasal parking jangan risau. Memang banyak.



Meja batu di luar. Boleh makan barbeque sama-sama.



Bilik tidur dengan penghawa dingin. Bilik ni ada 2 katil single yang mampu memuatkan dua orang.



Bilik tidur utama dengan penghawa dingin. Katil ni boleh muatkan 3 orang.



Sejadah disediakan di master bedroom.



Ruang tamu dengan set sofa dan rak kasut


\
Master bedroom yang bersebelahan dengan bedroom biasa



Katil dengan plastik lagi haa. Dijamin bau kedai. Rugi kalau tak rasmikan awal !




Ruang tamu yang luas. Saudara saudari boleh bergolek-golek sana sini. Tuan rumah tak kisah nak masuk berapa orang. Tapi bergantung pada keselesaan anda.Kan dah cakap. Homestay kami, tapi rumah anda.



Ruang makan yang besar selesa. Nak buat kenduri pun boleh.


Peti ais disediakn untuk anda. Boleh perap ayam bbq . Hihiks !


Toilet dalam rumah. Ada sabun disediakan. Juga terdapat toilet dan shower extra di luar rumah. Bagi mereka yang berkeluarga, jangan risau. Toilet cukup untuk anda.Setiap sudut rumah kami tunjukkan anda. tanpa selindung.


Kepada yang masih ragu-ragu dan ada soalan, jangan segan. Boleh whatssap . Dijamin fast reply. Jangan lupa whatsapp :

Dra : 019-3667349


Dan kalau ada yang berminat untuk menempah terus, boleh call :
Puan ruby : 012-6783807
Encik Rasul : 012-6143308